Sepakat

Sepakat Energy Services Strengthens Regional Energy Ties at EIC Connect Energy Borneo 2025

  • Home
  • News
  • News
  • Sepakat Energy Services Strengthens Regional Energy Ties at EIC Connect Energy Borneo 2025
  • user By
  • calendar-dots 04 Mar 2025

 

SARAWAK, MALAYSIA, Selasa, 4 Mac. – Sepakat Energy Services Sdn. Bhd. memperoleh manfaat yang berharga bagi melebarkan dan mengukuhkan komitmen yang berterusan dalam memperkasa sektor tenaga menerusi penyertaan pada EIC Connect Energy Borneo 2025, di Sarawak, Malaysia baru-baru ini.

EIC Connect Energy Borneo 2025, bertemakan ‘Powering ASEAN’s Energy Future’ yang berlangsung di Kuching, Sarawak berkenaan disertai oleh sektor perniagaan tenaga dari Sabah, Sarawak, Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Indonesia.

“Penyertaan Sepakat Energy Services Sdn. Bhd. mencerminkan komitmen berterusan kami untuk memperkasa sektor tenaga dengan penyelesaian yang inovatif,” jelas Pengarah Urusan Sepakat Energy Services Sdn. Bhd., Awang Mohd. Dzairenny bin Haji Muslim.

Yang lebih penting katanya, EIC Connect Energy Borneo 2025 memberi peluang terbaik untuk syarikat berkenaan meluaskan pencapaian di luar NBD dengan mengukuhkan hubungan baharu dalam meneroka kerjasama serantau yang mendorong kemajuan.

Di samping itu tambahnya lagi, ia juga menjadi langkah bagi menetapkan piawaian baharu dalam integriti aset dan kelestarian di samping menjadi platform para industri berhubung kait dengan sektor tenaga minyak untuk meneroka peluang perniagaan dalam pasaran tenaga serantau.

Sempena penyertaan berkenaan, Sepakat Energy Services Sdn. Bhd. telah berjaya menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Asiapac Oil & Gas Sdn. Bhd. (Malaysia).

Majlis penyerahan pertukaran dokumen MoU berkenaan telah diterima oleh Pengarah Urusan Sepakat Energy Services Sdn. Bhd. dan Pengarah Urusan Asiapac Oil and Gas Sdn. Bhd. (Malaysia), Ahmad Fadzuli Ali pada majlis yang berlangsung di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching.

MoU berkenaan merupakan perkembangan yang signifikan dalam usaha kedua-dua buah syarikat untuk memajukan sektor tenaga dan akan memberi impak positif dalam mengukuhkan serta memacu pertumbuhan industri tenaga di NBD dan Malaysia.

EIC Connect Energy Borneo 2025 telah menarik minat lebih 1,000 delegasi termasuk penyertaan Sepakat Energy Services Sdn. Bhd. dan Syarikat Best Integrated dari NBD.

Komitmen besar Negeri Sarawak berkenaan antara lain dihasratkan untuk mempercepatkan peralihan tenaga, selaras dengan matlamat mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect With Sepakat

Whether you are looking for pipeline inspection, digital twin development, or advanced corrosion solutions, our team is ready to support your next project.


    By submitting this form you agree to our
    Privacy Policy.